Kenapa kita susah sangat nak ubah persepsi kita terhadap seseorang tu?Padahal manusia tu berubah. Mungkin dulu baik, sekarang jahat. Dulu jahat sekarang baik. Kan?
Kes 1
Dulu Azy tak suka pun dekat Adly. Tapi Adly yang terhegeh2 bebebor kat Azy. Atas kerja keras dan berhempas pulas menyusun ayat baik punyee+ belanje Mcnuggets 6 ketul hari2, Azy pun makin lama makin naik syok kat Adly. Azy suka laki yang sekurang2nya jaga solat lima waktu and jaga batas pergaulan dgn perempuan. Nasib baik Adly memang lelaki macam tu. Adly pun jenis yang tak keluar berdua dengan perempuan yang bukan muhrim. Maka bermulalah episod cintan cintun Azy dan Adly. Setiap kali dating tak pernah berdua. Mesti keluar beramai2. Semua orang memang respect tabik spring lah kat couple ni. Coursemate Azy yang namanya Rai pun segan sebab dia selalu je keluar berdua dengan lelaki. Tapi mungkin disebabkan panahan cinta, Azy dan Adly terbabas sikit. Mula keluar berdua je. Boleh kata seminggu 2-3 kali jugak. Dari mula keluar berdua je, dah pandai bergurau bertepuk2 tampar. Lepas tu upgrade sikit, gurau2 cubit paha. Rai buat2 taktahu je sebab Rai tahu dia tak layak tegur pun sebab dia tak lah baik sangat. Tapi orang sekeliling still tabik spring kat Azy and Adly sebab diorang still ingat mereka masih maintain seperti dulu.
Kes 2
Rai bercinta dengan Johan dari sekolah lagi. Tapi tahu lah kan, budak2 baru belajar bercinta. Apa orang buat, dia pun nak buat jugak. Setiap kali balik sekolah, Johan hantar Rai balik sampai depan pintu rumah. Selalu berdua je tak kisah lah time kat sekolah ke, balik sekolah ke, mana2 lah. Kemana2 pun pegang tangan memanjang. Habis SPM pun sama jugak. Sampai lah Rai sambung study kat UTM, Johan pulak fly ke Jepun ambil aeronautical engineering (ok, gile cool lelaki yg ambil aeronautical engineering. Kalau tak handsome pun rasa handsome gile jugak. Rasa macam nak kahwin dgn beliau sekarang juga (-_-") ) Rai dgn Johan still keep in touch, memang setia habis ah diorang. Tapi bila masa berlalu and dua2 duduk jauh, baru tersedar salah silap masing2. Dulu pegang tangan tu semua no hal, small matter, Tapi sekarang, nak cakap bertentangan mata pun segan apatah lagi nak keluar berdating berdua je. Mungkin Allah nak bagi kesedaran awal2 sebelum menyimpang lagi jauh. Setiap kali Johan balik mesti jumpa Rai tapi Rai akan bawak muhrim sekali. Senang cakap diorang ni dah tak keluar berdua dah. Tapi orang sekeliling taktahu yang diorang dah berubah. Jadi diorang tak boleh nak lari dari terus difitnah dan jadi bahan orang.
Persoalan:
Kenapa orang sekeliling tak boleh nak ubah persepsi terhadap seseorang tu? (Ni termasuk I sendiri)..
Kesimpulan:
Kita tak patut selalu buruk sangka kat orang (peringatan kepada diri I sendiri). Sejahat mana sekalipun orang tu, sila sangka baik je. Orang yang jahat tak semestinya akan berterusan jadi jahat kan? Tapi hati manusia, takde siapa yang boleh paksa untuk orang tu ubah cara pemikiran dia melainkan diri dia sendiri.
Quote untuk mangsa2 seperti Kes 2:
"In the end, everything will be ok. If it is not ok, then that is not the end"
-dipetik dari Hanis Zalikha.heh.
PS: I peminat setia Hanis Zalikha. Check out her blog. Coooool gile. Everytime baca blog dia, I rasa macam nak belasah2 je orang kat sebelah I sebab lawak gile. Orang kat sebelah I boleh jauhkan diri sekarang sebab I nak pergi baca blog dia.
Love,